Koleksi Video-Video Panas

Assalamualaikum w.b.t kepada pemain-pemain futsal sekalian..

Hari ni saya tak nak cakap banyak tapi saya ade satu perkara nak share dengan anda semua. Bermula hari ni saya akan paparkan video-video latihan futsal dalam blog ni. Video-video ini tentang latihan-latihan yg terdapat dalam sukan futsal seperti latihan taktikal dan formation.

Saya berharap dengan perkongsian video-video ini tahap permainan futsal kita dapat dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih bagus. Amin.. Baiklah, tanpa membuang masa jom kita menonton video yg pertama. Selamat menonton dan selamat beramal..

p/s: boleh la save video ni dlm pc/laptop korang..




Read More

Result : BTB vs Qhasim FC

Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, Bukan Team Biasa (BTB), telah mengadakan satu friendly match dengan Qhasim FC bertempat di Samba de Futsal. Friendly match yang diadakan pada hari Sabtu itu telah dimenangi oleh BTB dengan jaringan 12-8.

Seperti yang dimaklumkan, 70% pemain BTB adalah pemain junior. Namun begitu, ia bukanlah masalah besar kerana BTB dibarisi pemain-pemain berbakat malah team BTB telah menunjukkan satu permainan yang menarik untuk menewaskan Qhasim FC.

Antara penjaring gol pada malam tersebut ialah Paan, Arfi, Ajes, Farees, Faiz dan Aqmal. Rata-rata para pemain bermain dengan baik pada perlawanan tersebut walaupun court tidak begitu bagus. Para pemain juga menunjukkan peningkatan terutamanya goalkeeper, Anuar, yang banyak menyelamatkan try-try yang berbahaya daripada pihak lawan.

Akhir kata tahniah diucapkan kepada para pemain BTB dan diharap kejayaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Saya juga berharap para pemain dapat memperbaiki lagi skil permainan masing-masing supaya pasukan kita menjadi lebih mantap.
Read More

Friendly Match : BTB vs ????

Hari ni (6 Feb 2010), Bukan Team Biasa (BTB) akan menghadapi satu lagi friendly match. Lawan pada kali ni sama seperti yang sebelum ni iaitu team yang kami sendiri xtau ape name nye. So kami name kan team ni sbg Qhasim FC sbb nye kapten dia bername Qhasim.huhu....

Ape yang menarik pada match kali ni ialah BTB akan menurunkan 70% player-player muda iaitu player 2nd team yang kebanyakkannya terdiri daripada player-player baru (junior). Antara barisan player yg akan bermain malam ini ialah :

Farees, Naz, Arfi, Syahid, Faiz, Nuar, Puloh dan Azman.

Maklumat lanjut tentang perlawanan adalah seperti berikut:

  • Tempat : Samba de Futsal
  • Masa : 8.00 malam
Kami berharap BTB akan mencatat kemenangan sekali lagi meskipun hanya menurunkan barisan mudanya sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam setiap friendly match.

Sekian...
Read More
Share |