Koleksi Video-Video Panas

Assalamualaikum w.b.t kepada pemain-pemain futsal sekalian..

Hari ni saya tak nak cakap banyak tapi saya ade satu perkara nak share dengan anda semua. Bermula hari ni saya akan paparkan video-video latihan futsal dalam blog ni. Video-video ini tentang latihan-latihan yg terdapat dalam sukan futsal seperti latihan taktikal dan formation.

Saya berharap dengan perkongsian video-video ini tahap permainan futsal kita dapat dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih bagus. Amin.. Baiklah, tanpa membuang masa jom kita menonton video yg pertama. Selamat menonton dan selamat beramal..

p/s: boleh la save video ni dlm pc/laptop korang..




Read More

Result : BTB vs Qhasim FC

Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, Bukan Team Biasa (BTB), telah mengadakan satu friendly match dengan Qhasim FC bertempat di Samba de Futsal. Friendly match yang diadakan pada hari Sabtu itu telah dimenangi oleh BTB dengan jaringan 12-8.

Seperti yang dimaklumkan, 70% pemain BTB adalah pemain junior. Namun begitu, ia bukanlah masalah besar kerana BTB dibarisi pemain-pemain berbakat malah team BTB telah menunjukkan satu permainan yang menarik untuk menewaskan Qhasim FC.

Antara penjaring gol pada malam tersebut ialah Paan, Arfi, Ajes, Farees, Faiz dan Aqmal. Rata-rata para pemain bermain dengan baik pada perlawanan tersebut walaupun court tidak begitu bagus. Para pemain juga menunjukkan peningkatan terutamanya goalkeeper, Anuar, yang banyak menyelamatkan try-try yang berbahaya daripada pihak lawan.

Akhir kata tahniah diucapkan kepada para pemain BTB dan diharap kejayaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Saya juga berharap para pemain dapat memperbaiki lagi skil permainan masing-masing supaya pasukan kita menjadi lebih mantap.
Read More

Friendly Match : BTB vs ????

Hari ni (6 Feb 2010), Bukan Team Biasa (BTB) akan menghadapi satu lagi friendly match. Lawan pada kali ni sama seperti yang sebelum ni iaitu team yang kami sendiri xtau ape name nye. So kami name kan team ni sbg Qhasim FC sbb nye kapten dia bername Qhasim.huhu....

Ape yang menarik pada match kali ni ialah BTB akan menurunkan 70% player-player muda iaitu player 2nd team yang kebanyakkannya terdiri daripada player-player baru (junior). Antara barisan player yg akan bermain malam ini ialah :

Farees, Naz, Arfi, Syahid, Faiz, Nuar, Puloh dan Azman.

Maklumat lanjut tentang perlawanan adalah seperti berikut:

  • Tempat : Samba de Futsal
  • Masa : 8.00 malam
Kami berharap BTB akan mencatat kemenangan sekali lagi meskipun hanya menurunkan barisan mudanya sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam setiap friendly match.

Sekian...
Read More

Bukan Team Biasa FC bermula garang!!!

Pada 16hb 1 yg lalu,bukanteambiasafc telah melalui perlawanan frendly pertama semenjak penubuhannya awl taon nie..1st match ni telah bertempat di samba d'futsal pj..bukanteambiasa telah mempamer permainan hebat dan telah memenangi game ni dgn mata 12-8..team lawan yg kalah 2 xde name..so,kite namekan je sbg no name fc..sume pemain bermain bukan pada tahap mereka memandangkan masing2 baru balek dari cuti~~..antara goalscorer pd mlm 2:

1)farees saharudin
2)alif aguero alias-top scorer kot mlm 2(x pasti so jgn bangga2 sgt~hihi)
3)aqmal torres
4)syafiq elwin bereh
5)nazirul syaqim
6)dll

*yg tidak dimention name,sori sbb x ingat sape skor

~TANAH TUMPAHNYA DARAHKU~captainbukanteambiasa
Read More

Futsal?? Apa benda tu??

Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.



Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan termasuk penjaga gol. Perbezaan ketara antara bola sepak dengan futsal ialah saiz padangnya. Bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Tempoh permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat.

Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA. Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia.

Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985. Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.
Read More

This is Futsal

Kepada yang tak tau ape tu futsal, tengok video ni.

Selamat menonton..

Read More

Bukan Team Biasa Futsal Club

Assalamualaikum w.b.t...

Syukur pada Allah S.W.T akhirnya siap juga blog rasmi bagi pasukan futsal kami. Pada post yang pertama ni, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog rasmi bagi team futsal kami yang diberi nama 'Bukan Team Biasa'. Pasukan ini dianggotai oleh 100% pelajar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa. Team ini bukan sahaja disertai oleh pelajar lelaki malah turut disertai oleh pelajar perempuan.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk memudahkan ahli pasukan ini berhubung sesama sendiri selain sentiasa update berkenaan dengan aktiviti kelab. Di samping itu juga, blog ini bertujuan untuk memudahkan pasukan lain untuk berhubung dengan pasukan kami sekiranya ingin mengadakan friendly match atau apa-apa saja perkara.

Kepada ahli-ahli kelab ini, anda diminta untuk menjadi subscriber blog ini. Ini adalah bertujuan agar anda sentiasa dapat post2 dan aktiviti2 terkini kelab menerusi e-mail anda. Untuk menjadi subscriber, anda perlulah memasukkan e-mail anda di bahagian subscribe via e-mail di sebelah kiri anda.

Akhir kata sekiranya ada apa-apa komen atau cadangan anda bolehlah menulisnya di ruangan komen. Saya berharap dengan adanya blog rasmi ini akan menjadikan kelab futsal kita lebih terkehadapan dan unik berbanding team lain sejajar dengan nama pasukan itu sendiri 'Bukan Team Biasa'...

Sekian, terima kasih...

p/s : nantikan post-post yang lebih menarik pada masa akan datang..

Read More
Share |